Sabtu, 30 Mei 2009

Happy B'day 6P & 6B



Tanggal 28 Mei 2009 (Khamis), kelas 6 Pintar & 6 Bijak mengadakan sambutan hari lahir budak-budak yang lahir pada bulan Januari hingga Jun 2009.
Semua murid gembira meraikan sambuatan hari lahir rakan-rakan mereka pada kali ini. Kepada murid yang lahir pada bulan Julai hingga Disember, sambutan untuk korang pada bulan 11 nanti sebelum cuti sekolah. OK kan......

Lelaki 6P & 6B

Perempuan 6P & 6B


Sedap tau yang ni....yumm.....yummmm...


Yang ni pun sedap gak.....yummm....yummmm....


saje-saje nak tayang muka je ni

Pelajar 6 Pintar dan 6 Bijak

Apa yang xpuas hatinya ni ek? tak dapat kek kot....he...he...

Orang kuat tahun 6 2009

Isnin, 25 Mei 2009

Bola Baling MSS Johor



Pada 22.05.09 (Jumaat), budak-budak bola baling sekolah aku (3 org je) yang mewakili Mersing dengan penuh semangat yang berkobar-kobar untuk menang menuju ke Felda Air Tawar 2. Kitorang sampai dalam kul 11 am dan diberitahu yang jadual petang ini telah diubah. Daerah Mersing berjumpa dengan Pengerang (sepatutnya JB dulu) dan Johor Bahru pada Sabtu pagi.



Pada perlawanan pertama, Mersing tewas dengan Pengerang (6-7) dan tewas perlawanan kedua dengan JB (6-14). Walaupun tewas, jurulatih Mersing berpuas hati dengan semangat yang ditujukkan oleh Mersing walaupun tewas dua kali. Aku pun puas hati dengan dorang dan aku harap la budak-budak aku ni dapat ambil pengalaman ni untuk tahun depan.



Tengah hari Sabtu budak-budak Mersing balik dengan muka yang ceria, sebabnya walaupun kalah dorang dapat baju sorang sehelai (duit makan hari Ahad sebenarnya...he...he). Tapi yang penting dorang enjoy. Budak-budak aku pulak dah la dapat baju, aku bawak pulak dorang ni pi makan KFC kat Kota Tinggi, senyum lebar la dorang ni.



Apa-apa hal, tahniah aku ucapkan kepada anak didik aku yang 3 orang ni kerana berjaya mewakili daerah Mersing walaupun kalah dalam peringkat kumpulan. TAHNIAH sekali lagi.....




Rabu, 20 Mei 2009

Kem Kepimpinan


















Pada 15-17 Mei lepas, sekolah aku menganjurkan Kem Kepimpinan untuk semua pengawas, pengawas pusat sumber, ketua dan penolong kelas. Tempatnya menarik, iaitu di Tunjuk Laut Resort di Tanjung Leman, Mersing.


Best gak p kem ni, dah lama x bercamping mcm ni. Banyak gak aktiviti yang AJK telah rancang dan semuanya berjalan dengan lancar. Harap-harap lah tahun depan ada lagi camni. Bleh la aku bawak bini & anak aku (coming soon).

Antara aktiviti-aktiviti yang kitorang jalankan......













   










Bila dah lama x bercamping cmni, penat sungguhnya rasanya. Aku tengok anak murid aku semua ni enjoy sepanjang aktiviti dan harap-harap lah dorang ni ingat sampai bila-bila apa yang diorang buat di sini.

Yang best nya, budak-budak ni mcm tak reti penat. Dah la lewat dorang tidur, bukannya apa duk bersembang2 dengan kawan2 la kononnya. Bila dah tido mulalah ada yang mimpi/'ngigau', panggil mak dan ayah dorang lah, cakap sorang2 lah (kadang2 aku pn x paham bahasa yang dorang cakap), ada yang duduk pastu baring lagi dan macam-macam lagi lah (seronok gak tengok dorang time ni).

Pastu dorang ni bangun awal la pulak, kul 4 pagi dorang dah p mandi. Semangat betul aku tengok dorng ni. Padahal time tu aku rasa macam baru je tido, sebabnya aku layan PK KO (Cikgu Rahman) aku ngan Yanto mancing tepi pantai sampai kul 2 pagi. (TAk dapat ikan pn.....)

Last day kitorang xde buat apa, bagi la budak2 ni duk santai & main2 kat tepi pantai kutip cengkerang dan batu. 10 pagi buat majlis penutup dan bersuarai. Budak-budak & cikgu terus ke rumah Cikgu Raudzah (adiknya kawin).

Latihan Bola Baling

Petang ini aku terlibat dengan latihan bola baling di sekolah (SK Felda Tenggaroh 6). 3 orang anak didik aku telah terpilih untuk mewakili daerah Mersing ke peringkat MSSM Johor yang akan diadakan di Felda Air Tawar 2, Kota Tinggi pada 22-25 Mei 2009.

Pada 05 Mei yag lalu, pasukan bola baling lelaki sekolah aku telah berjaya mendapat tempat KEDUA di MSSM Mersing yang diadakan di SK Bandar Endau. Sekolah aku menang dengan SK Bandar Mersing (7-2) dan SK Pusat Air Tawar (6-3) tetapi kecundang dengan SK Bandar Endau (3-5).

Tapi aku puas hati dengan anak didik aku ni, walaupun hanya 2 minggu setengah sahaja diorang jalani latihan, diorang berjaya mendapat tempat kedua. Komitmen diorang memang aku hargai.

Aku berharap sangat anak didik aku ni akan menjadi pemain yang bagus dan menunjukkan kebolehan di peringkat yang lebih tinggi lagi. Semoga daerah Mersing mampu menjadi juara di peringkat MSSM Johor nanti... InsyaAllah...

Doa-doakan la ye....

Selasa, 19 Mei 2009

Salam Perkenalan


Assalamualaikum....

Apa-apa aktiviti yang aku telah jalankan atau akan dijalankan akan aku kongsi bersama teman-teman di luar sana.
Kiranya ada kelemahan dan pandangan, bolehlah dikongsi untuk kebaikan bersama...