Rabu, 20 Mei 2009

Latihan Bola Baling

Petang ini aku terlibat dengan latihan bola baling di sekolah (SK Felda Tenggaroh 6). 3 orang anak didik aku telah terpilih untuk mewakili daerah Mersing ke peringkat MSSM Johor yang akan diadakan di Felda Air Tawar 2, Kota Tinggi pada 22-25 Mei 2009.

Pada 05 Mei yag lalu, pasukan bola baling lelaki sekolah aku telah berjaya mendapat tempat KEDUA di MSSM Mersing yang diadakan di SK Bandar Endau. Sekolah aku menang dengan SK Bandar Mersing (7-2) dan SK Pusat Air Tawar (6-3) tetapi kecundang dengan SK Bandar Endau (3-5).

Tapi aku puas hati dengan anak didik aku ni, walaupun hanya 2 minggu setengah sahaja diorang jalani latihan, diorang berjaya mendapat tempat kedua. Komitmen diorang memang aku hargai.

Aku berharap sangat anak didik aku ni akan menjadi pemain yang bagus dan menunjukkan kebolehan di peringkat yang lebih tinggi lagi. Semoga daerah Mersing mampu menjadi juara di peringkat MSSM Johor nanti... InsyaAllah...

Doa-doakan la ye....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan