Rabu, 5 Ogos 2009

Menganyam ketupat.....

Hari ni, pihak sekolah akan mengadakan majlis berbuka puasa bersempena dengan bulan Syaaban untuk murid tahun 6. Berpuasa pada bulan ini adalah digalakkan untuk murid-murid bagi menghadapi peperiksaan UPSR tak lama lagi. Ini adalah kali kedua program ini dijalankan dan yang pertama diadakan pada 09.07.09 yang lalu.

Pada kali ni, beberapa guru sekolah menolong bersama pihak kantin untuk menganyam ketupat untuk santapan berbuka puasa. Amalan bergotong-royong seperti ini dapat mengeratkan lagi hubungan antara warga SKT6 ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan